Kepada kakak yang kukasihi ,
Yang nampak anggun ketika berdiri ,
Akan saya sentiasa sayangi ,
Wajahmu tak akan saya lupai .
Andainya saya tersekat di tengah jalan ,
Akan ada sesuatu yang bermain di fikiran ,
Bahawa Kak akan memberikan saya harapan ,
Untuk menempuhi segala cabaran .
Engkaulah yang saya paling percaya ,
Engkaulah suatu cahaya ,
Yang menerangi suatu dunia ,
Dan menghidupkan hati saya semula .
Saat-saat kita bersama akan saya kenangi ,
Pahit dan manis telah kita lalui ,
Akan saya rindumu setiap hari ,
Kerana namamu telah saya ukir di hati .
amboi ! ..... Manis betul ....
ReplyDelete