Bagilah kita keamanan ,
Hentikan segala peperangan ,
Kita inginkan negara yang harmoni ,
Inilah tanah kita sendiri .
Peperangan sentiasa ada ,
Tak kira masa atau di mana jua ,
Akan sentiasa ada nyawa yang kehilangan ,
Dan juga ahli keluarga yang kematian .
Marilah kita bersatu padu ,
Besama kita berganding bahu ,
Menentang dan menghapuskan keganasan ,
Dengan demikian maka wujudlah keamanan .
Perpaduan membawa keamanan ,
Keamanan membawa kebahagiaan ,
Hentikan aktiviti tidak berperikemanusiaan ,
Dan mara ke arah kerharmonian .
No comments:
Post a Comment